BANTAHAN Persempadanan Semula

Share on Google+0Email this to someoneShare on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0Print this pageShare on Reddit0Share on TumblrShare on StumbleUpon0Pin on Pinterest0Digg thisBuffer this pageFlattr the author

English version please click here.

1. Apa itu persempadanan semula?

Setiap 8 tahun, SPR akan menjalankan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya. Ini bermakna, SPR akan mengubah-suai sempadan kawasan pilihan raya bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Proses ini wajar dijalankan kerana penambahan penduduk ataupun pembangunan di sesuatu kawasan dari masa ke semasa.

2. Apa masalahnya?

Jikalau proses persempadanan ini tidak dijalankan secara telus dan adil, maka ia akan berpihak kepada sesuatu parti tertentu. Ini akan memberikan kesan besar dalam keputusan pilihan raya.

Dua isu yang biasa berlaku adalah ‘persempadanan tidak sekata’ dan ‘gerrymander’.

isupersempadanan

3. Apa yang anda boleh lakukan?

Bantah! Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa SPR harus memaparkan peta-peta cadangan penambahbaikan.

Pengundi boleh mengemukakan bantahan jikalau tidak bersetuju dengan cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh SPR. Selepas itu, SPR wajib mengadakan satu inkuiri dan mengambil-kira pendapat dari bantahan yang dilakukan.

100 orang pengundi berdaftar dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN diperlukan untuk mengemukan bantahan tersebut.

5. Bantahan flow chart BM

4. Bagaimana anda boleh menjadi seorang pembantah?

Bersih telah memulakan proses pra-pendaftaran untuk membantah persempadanan semula. Anda boleh pra-daftar sebagai seorang pembantah di: https://dart.bersih.org/bantah/

BERSIH akan hubungi anda apabila proses persempadanan semula ini bermula untuk mendapat tandatangan anda dan juga memberikan informasi yang lanjut mengenai mengenami bantahan tersebut.

5. Apa lagi yang anda boleh lakukan?

Bantu BERSIH untuk menyebarkan infomasi ini dan jemput rakan dan ahli keluarga anda untuk menjadi pembantah.

Kinilah masanya untuk kita meneruskan tuntutan kita untuk sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Jom daftar sebagai pembantah di: https://dart.bersih.org/bantah/

Share on Google+0Email this to someoneShare on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0Print this pageShare on Reddit0Share on TumblrShare on StumbleUpon0Pin on Pinterest0Digg thisBuffer this pageFlattr the author

Leave a Reply

Your email address will not be published.