Tentang DART

Share on Google+0Email this to someoneShare on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0Print this pageShare on Reddit0Share on TumblrShare on StumbleUpon0Pin on Pinterest0Digg thisBuffer this pageFlattr the author

SOALAN LAZIM TENTANG DART

  1. Apakah DART?
    DART ialah singkatan Delineation Action & Research Team (Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan). Ia merupakan satu program yang digubal untuk mendidik rakyat Malaysia untuk mencabar sebarang cadangan persempadanan semula oleh SPR yang tidak adil atau yang melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
  2. Siapakah di belakang DART?
    Projek ini dibentuk dan dilaksanakan bersama oleh BERSIH 2.0 dan Engage.
  3. Bagaimanakan DART boleh membantu saya untuk bersedia untuk menghadap SPR?
    Kami telah menyusun program DART dalam cara yang memudahkan rakyat biasa memahami dan menggunakan alat yang akan kami sediakan.
  4. Apakah yang akan berlaku dalam latihan DART?
    Dalam bengkel DART, anda akan dimaklumkan tentang: peri pentingnya penglibatan anda dalam proses persempadanan semula yang akan menjelang tiba; seluruh proses persempadanan semula oleh SPR; dan pendekatan DART dalam menangani cabaran ini.
  5. Berapa lama masa sesi latihan DART?
    Bengkel DART biasanya berlangsung selama 3 jam.
  6. Apakah keistimewaan pendekatan DART dalam menangani proses persempadanan semula?
    Antara keistimewaan pendekatan DART adalah:
    (a) Ia berdasarkan sepenuhnya pada garis panduan yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang tertera dalam Jadual 13, Bahagian 1, Seksyen Inilah garis panduan yang sama yang harus dipatuhi oleh SPR. Setiap bantahan kita adalah berdasarkan peruntukan undang-undang, dan bukan berdasarkan keutamaan peribadi atau parti-parti politik.
    (b) Kami telah mengendalikan segala unsur teknikal yang sukar untuk memudahkan penglibatan rakyat biasa dalam persempadanan semula dengan menggunakan alat-alat yang kami gubahkan yang mudah tetapi berkuasa. Alat-alat ini termasuk senarai semak DART, Templet Alasan Perundangan dan peta DART yang berpandukan Google Earth.
    (c) Tetapi apa yang menjadikan DART istimewa dan berkuasa ialah ANDA! Sebagai pengundi tempatan, andalah yang paling memahami sesebuah kawasan pilihan raya dari segi komuniti dan bentuk mukabumi kawasan anda. Pendapat anda dalam proses persempadanan semula akan menyumbang kepada persempadanan dan perwakilan yang lebih baik untuk komuniti anda.
  7. Apakah yang terkandung dalam senarai semak DART?
    Ia menyenaraikan sebab-sebab yang menjadi asas pembantahan terhadap sempadan baharu yang dicadangkan oleh SPR. Ia garis panduan yang harus dipatuhi oleh SPR dalam proses penggarisan semula sempadan. Ia berpandukan Jadual 13 dan sebahagian daripadanya diambil daripada laman sesawang SPR. Senarai semak DART ini mengggunakan bahasa yang mudah difahami dan dibahagikan kepada soalan yang berkaitan dengan saiz kawasan pilihan raya, cara penggarisan sempadan and isu lain. Anda perlu mengambil bahagian dalam bengkel DART supaya dapat memahami senarai semak DART secara sepenuhnya. [MUAT TURUN ]
  8. Apakah yang terkandung dalam Templet Alasan Perundangan tersebut?
    Seperti apa yang telah disebutkan di atas, bantahan kita mestilah berdasarkan undang-undang, terutamanya Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan. Apabila anda mengemukakan bantahan anda kepada SPR bersama dengan 100+ pengundi yang terkesan dalam kawasan pilihan raya anda, anda mesti menyatakan secara jelas apa dan kenapa anda membantah. Templet ini bersama dengan Senarai Semak akan membantu anda dalam menyediakan Surat Bantahan menyeluruh untuk diserahkan kepada SPR. Bagi setiap semakan berdasarkan senarai semak tersebut, terdapat sebuah hujahan undang-undang yang berkaitan dalam Templet tersebut. Anda hanya perlu menyalin bahagian yang berkenaan daripada Templet tersebut untuk disertakan dalam Surat Bantahan anda. Baik juga jika seorang peguam dalam pasukan anda tetapi ia tidak semestinya diperlukan. [ MUAT TURUN ]
  9. Mengapakan peta diperlukan?
    Dalam kaedah DART, alat pemetaan kami mempunyai dua tujuan:
    (a) Sebagai alat latihan. Kerana kita menggunakan Google Earth (dengan gambar satelit), peta kami bersifat interaktif, di mana anda boleh ‘zoom’ sehingga dapat melihat jalan, rumah, sungai, bukit, lebuhraya dan sebagainya. Tambahan lagi, dengan melihat sempadan kerusi Parlimen, negeri dan daerah mengundi serta sempadan pihak berkuasa tempatan, anda dapat memahami cara kita dibahagikan dalam konteks pilihan raya.
    (b) Untuk mencadangkan sempadan yang lebih baik. Untuk menyokong bantahan kita kepada cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kita oleh SPR, kita berupaya menghasilkan sebuah peta yang menunjukkan sempadan kawasan pilihan raya kita yang memenuhi tuntutan Jadual 13 dan yang disokongi pengetahuan tempatan komuniti dan bentuk mukabumi.
  10. Adakah peta cadangan wajib disertai?
    Tidak. Objektif utama DART adalah untuk menyediakan pengundi untuk mengemukakan bantahan kepada sebarang persempadanan semula oleh SPR yang tidak adil atau yang melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bantahan anda boleh disokong dengan melampirkan sebuah peta cadangan bagi kawasan pilihan raya anda untuk menunjukkan kepada SPR cara anda melihat kawasan pilihan raya anda sebagai seorang pengundi yang terpengaruh. Tetapi menunjukkan peta tanpa membuat bantahan kepada apa yang dicadangkan oleh SPR adalah perbuatan sia-sia.
  11. Apakah objektif DART?
    Untuk menyumbang kepada persempadanan semula yang lebih baik dengan membantah sebarang cadangan SPR yang tidak adil atau melanggar Perlembagaan Persekutuan.
  12. Apakah matlamat DART?
    (a) Untuk menambahkan bantahan yang dikemukakan kepada SPR berbanding dengan proses persempadanan yang lepas.
    (b) Untuk meningkatkan mutu bantahan dengan berdasarkan prinsip dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

 


FAQ lain….

Share on Google+0Email this to someoneShare on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0Print this pageShare on Reddit0Share on TumblrShare on StumbleUpon0Pin on Pinterest0Digg thisBuffer this pageFlattr the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *