Tentang Persempadanan

Share on Google+0Email this to someoneShare on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0Print this pageShare on Reddit0Share on TumblrShare on StumbleUpon0Pin on Pinterest0Digg thisBuffer this pageFlattr the author

SOALAN LAZIM TENTANG PERSEMPADANAN

  1. Apakah maksud “persempadanan kawasan pilihan raya”?
    Ia merupakan satu proses pelukisan sempadan bagi tujuan pilihan raya untuk mengelakkan ketidakseimbangan penduduk bagi seluruh daerah mengundi.
  2. Siapakah yang bertanggung jawab bagi tugas persempadanan semula di Malaysia?
    Suruhanjaya Pilihan Raya, seperti yang tertakluk dalam Perkara 113, Sek 2(i) Perlembagaan Persekutuan.
  3. Berapa kerapkah persempadanan semula harus diadakan?
    Ia dijalankan tidak kurang daripada 8 tahun sejak persempadanan semula yang terakhir. Perlembagaan Persekutuan/Per. 113/2(ii)
  4. Bilakah aktiviti persempadanan semula yang terakhir?
    Bagi Semenanjung Malaysia dan negeri Sabah, pada tahun 2003; Negeri Sabah, pada tahun 2005. Oleh itu, proses ini telah tertunggak dan kami menjangka SPR akan memulakan proses ini dalam masa yang singkat.
  5. Bagaimanakan kita akan mengetahui tentang masa permulaan proses persempadanan semula?
    Ia akan bermula apabila SPR menerbitkan dalam Warta Kerajaan dan suratkhabar tempat-tempat di mana peta yang dicadangkan akan dipaparkan di setiap kawasan pilihan raya yang akan terkesan oleh proses persempadanan semula. Sebelum itu, SPR juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tentang niat mereka untuk memulakan proses tersebut. Perlembagaan Persekutuan/Jadual 13/Bahagian 2/ 4(a)
  6. Siapakah yang boleh membantah cadangan yang dikemukakan?
    Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan or kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 orang pengundi kawasan pilihan raya yang terkesan dan dalam daftar pemilih semasa. Perlembagaan Persekutuan/Jadual 13/Bahagian2/ 5(a)(b)
  7. Apakah jangka masa yang kita ada untuk mengemukakan bantahan?
    Sebulan daripada tarikh penerbitan SPR dalam Warta Kerajaan dan surat akhbar. Perlembagaan Persekutuan/Jadual 13/Bahagian 2/ 4(b)
  8. Bagaimanakah kita tahu tentang apa yang sepatutnya dibantahkan?
    Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan (DART atau Delineation Action & Research Team) telah menyediakan sebuah senarai semakan yang mengandungi sebab-sebab yang kukuh sebagai asas pembantahan, alat pemetaan yang berdasarkan Google Earth dan juga borang undang-undang yang boleh membantu anda untuk membuat bantahan dan cadangan yang berkesan kepada pihak SPR. Bagi maklumat yang selanjutnya sila rujuk kepada bahagian SOALAN TERTENTU MENGENAI DART.
  9. Jika kita berjaya mendapat 100+ pengundi yang dipengaruhi oleh persempadanan semula, apakah yang akan berlaku selepas kita mengadakan penyerahan kepada SPR?
    Jika bantahan anda berpandukan alasan yang sah, SPR akan mengadakan sebuah pendengaran awam untuk mendengar bantahan tersebut dan jika bantahan tersebut diterima, SPR akan menjalankan semakan terhadap cadangan mereka dan memaparkan cadangan yang telah dikaji semula selama satu bulan dan anda akan diberi satu lagi peluang untuk mengemukakan bantahan sekiranya masih tidak berpuas hati. Selepas pengkajian kali kedua SPR akan membentangkan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan/Jadual 13/Bahagian 2/ 5(b)-8(b)
  10. Perlukah cadangan persempadanan semula diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan majoriti dua pertiga?
    Tidak. Ia hanya memerlukan majoriti mudah untuk meluluskan cadangan tersebut. Tetapi sekiranya cadangan tersebut melibatkan peningkatan jumlah kerusi, Dewan Rakyat perlu meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan majoriti dua pertiga. Perkara 46 menentukan jumlah kerusi parlimen yang sepatutnya terkandung dalam setiap negeri.
  11. Apakah jangka masa yang diberi kepada SPR untuk menamatkan seluruh proses persempadanan semula?
    Dalam jangka masa 2 tahun dari masa permulaannya, iaitu dari masa cadangan-cadangan baru bagi sempadan pilihan raya diterbitkan dalam Warta Kerajaan dan juga suratkhabar. Proses tersebut akan berakhir apabila SPR membentangkan cadangannya kepada Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan/Per.113/ 9,10

FAQ lain….

 

 

Share on Google+0Email this to someoneShare on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0Print this pageShare on Reddit0Share on TumblrShare on StumbleUpon0Pin on Pinterest0Digg thisBuffer this pageFlattr the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *